Selasa, 14 Julai 2020

Tips Jana Pendapatan Tanpa Menjual Produk



Pengguna Shaklee bukan semua mahu menjual produk. Lazimnya, ramai yang cukup happy dapat Shaklee effect masing-masing apabila masalah kesihatan beransur hilang, fizikal jadi lebih nyaman dan emosi juga lebih positif. Ada yang betul-betul ikhlas ingin bantu orang lain, keluarga dan kawan-kawan dapat rasa manfaat makanan tambahan yang berkualiti tinggi ini.

Ingin tahu bagaimana Shaklee boleh beri anda pendapatan sampingan tanpa menjual produk?

Tips jana side-income tanpa menjual produk Shaklee #1 : Jadilah Wakil Pembeli Peribadi (Personal Shopper) untuk Keluarga Besar Anda.

Selepas anda telah aktifkan keahlian Shaklee, anda boleh benarkan nombor ID Shaklee anda digunakan oleh ahli keluarga anda untuk membeli produk Shaklee pada harga ahli. Contohnya 
  • Ayah beli set kesihatan sendi tulang iaitu Vivix, OmegaGuard dan OsteMatrix.
  • Mak beli supplement untuk kesihatan jantung iaitu Vivix, OmegaGuard dan CoQ-Trol Plus.
  • kakak beralih pakai skincare Shaklee YOUTH selepas tersilap guna produk kosmetik yang tercemar dengan bahan terlarang. Di tambah lagi dengan Shaklee ESP dan Vitamin C.
  • Adik lelaki sedang buat persediaan untuk mewakili pasukan bola sepak sekolah, ambil minuman Performance Hydration Drinks dan multivitamin VitaLea. Jadikan atlet-atlet Olimpik dunia yang telah mengambil Shaklee sebagai inspirasi bagaimana menjaga kesihatan dan prestasi sukan. 
  • Vivix & ResV di ambil bersama-sama oleh suami dan isteri. Untuk tenaga berpanjangan, kekalkan kesihatan, elak diabetes mahupun penyakit 3 serangkai sebelum kena, dan awet muda.
  • Kakak superwoman yang sedang membesarkan anak kecil perlu kekal cergas, boleh ambil ESP dan OsteMatrix juga.
  • Abang ipar yang alah dengan sabun biasa (eczema) beralih guna Shaklee Fresh Laundry Concentrate dan Soft Fabric Concentrate untuk cucian pakaian. 
Bagaimana dengan datuk, nenek, sepupu? Kongsikan peluang beli produk Shaklee dengan lebih jimat bila menggunakan ID Shaklee anda. Sebenarnya, ramai ingin mencuba pertama kali produk-produk Shaklee tanpa menjadi ahli. Iyalah, belum yakin serasi atau tidak dengan badan masing-masing. Lepas dah cuba sendiri, barulah dapat pengalaman Shaklee effect yang berkesan, kan.

Setiap produk Shaklee ada nilai mata yang dinamakan Unit Volume (UV) dan Purchase Volume (PV). 
Vivix yang berharga RM380 mempunyai nilai 112 UV dan 380 PV. Jumlah UV yang terkumpul dalam sebulan akan di kira mengikut patent pelan pampasan Shaklee. Shaklee Malaysia akan beri balik dalam bentuk wang tunai ke dalam akaun bank ahli. 

Contoh ringkas (dengan andaian 1 botol setiap yang tersenarai di bawah) bagaimana keluarga besar A kumpul unit volume sehingga dapat bonus tunai :

  • Vivix (112 UV). 
  • ResV (115 UV). 
  • OmegaGuard (33 UV).
  • CoQ-Trol Plus (33 UV).
  • Shaklee YOUTH Starter Set (184 UV)
  • ESP (37 UV)
  • Sustained Release Vita-C Plus (22 UV)
  • Performance Hydration Drink (32 UV)
  • VitaLea (22 UV)
  • Shaklee Fresh Laundry Concentrate (20 UV)
  • Shaklee Soft Fabric Concentrate (10 UV)

Jumlah unit volume terkumpul dalam bulan Julai = 620 UV

Daripada jadual pengiraan bonus dari UV, anda layak dapat 11% dengan pengiraan berikut

Bonus tunai (RM) = UV x 3.1 x %

Bonus tunai (RM) untuk bulan Julai 
= 620 UV x 3.1 x 11%
= RM211.42

RM211.42 ini akan di beri oleh Shaklee Malaysia pada 15hb. Ogos nanti. Jangan lupa cek akaun bank anda ya.

Gunakan Shaklee sekeluarga, dapat jana side-income tanpa menjual produk kepada orang awam. As simple as that!


Tips jana side-income tanpa menjual produk Shaklee #2 : Bantu Daftarkan Kawan-kawan Mahupun Sesiapa Saja.

Ini seronok! Mudah sangat kerana boleh di buat secara online hanya dengan handphone anda. 
Log in ke dalam www.shaklee.com.my dan lihat di bahagian bawah Dashboard anda, ada kotak "Your Express Enrollment Link"

Galakkan atau minta mereka daftar melalui link ini agar keahlian mereka bersambung di bawah "Geneology" anda. Ada manfaat jangka panjang untuk anda dan mereka. Bahasa mudahnya, anda sebagai Sponsoring ID atau dipanggil sebagai upline dan setiap ahli baru yang anda daftarkan dipanggil sebagai downline. Jangan risau, setiap orang downline ini mampu berkembang dan jana pendapatan sampingan masing-masing juga. 

Contohnya dalam bulan Julai tersebut, anda (keluarga besar A) dan kawan-kawan anda (keluarga besar B, C, D dan seterusnya) akan dapat mengumpul lebih banyak UV. Unit Volume (UV) terbahagi kepada 2; Personal UV (PUV) dan Group UV (GUV).

Apabila keluarga besar B dan C turut ada buat pembelian produk Shaklee untuk kegunaan sekeluarga, jumlah UV akan terkumpul pada anda (upline) sebagai GUV. Jumlah UV terkumpul untuk kawan B dan C masing-masing sebagai PUV seperti dalam Tips#1 di atas.

Bagaimana pendapatan sampingan anda turut berkembang? Jom buat pengiraan contoh bonus bulan Julai untuk anda.

Jumlah PUV anda sebagai upline terkumpul dalam bulan Julai = 620 UV
PUV kawan anda, keluarga besar B, sebagai downline terkumpul dalam bulan Julai = 100 UV
PUV kawan anda, keluarga besar C, sebagai downline terkumpul dalam bulan Julai = 400 UV
PUV kawan anda, keluarga besar D, sebagai downline terkumpul dalam bulan Julai = 100 UV
PUV kawan anda, keluarga besar E, sebagai downline terkumpul dalam bulan Julai = 300 UV
PUV kawan anda, keluarga besar F, sebagai downline terkumpul dalam bulan Julai = 20 UV
PUV kawan anda, keluarga besar G, sebagai downline terkumpul dalam bulan Julai = 100 UV
PUV kawan anda, keluarga besar H, sebagai downline terkumpul dalam bulan Julai = 320 UV
PUV kawan anda, keluarga besar I, sebagai downline terkumpul dalam bulan Julai = 1,000 UV
PUV kawan anda, keluarga besar J, sebagai downline terkumpul dalam bulan Julai = 100 UV

Jumlah Group Unit Volume (GUV) anda 
= 620 personal UV + 2,440 group UV daripada downline
= 3,060 GUV

Daripada jadual pengiraan bonus dari UV, anda layak dapat 21% dengan pengiraan berikut

Bonus tunai (RM) = UV x 3.1 x %

Bonus tunai (RM) untuk bulan Julai 
= 3,060 UV x 3.1 x 21%
= RM1,992.06

RM1,992.06 ini ialah side-income anda, akan di beri oleh Shaklee Malaysia pada 15hb. Ogos nanti. Anda hanya berbelanja sekitar 620 PUV untuk keluarga sendiri, tapi dengan perkenalkan & daftar kawan-kawan atau umum...lebih banyak anda dapat jana. Jangan lupa cek akaun bank anda ya.

Ini hanya contoh senario di mana dari 100 orang downline anda, ada dalam 9 atau 10 orang saja yang benar-benar menggunakan Shaklee untuk seluruh keluarga besar mereka. Bukan tetap setiap bulan ya. Anggaran bukanlah fixed income setiap bulan. 

Pendapatan Ahli (Pengedar Shaklee Bebas) dari pelbagai latar belakang.




Bayangkan jika anda ada 500 atau 1,000 downline yang aktif. Dengan Shaklee, anda tidak menjual produk pun masih boleh jana side-income. 

Untuk pengetahuan anda, bank statement pendapatan dari Shaklee Malaysia ini boleh digunakan untuk urusan pinjaman kereta atau pinjaman rumah. Owh, apa kata duit lebihan ini buat beli emas fizikal. Simpanlah selama manapun & nilai aset anda makin bertambah, tidak susut. Kesihatanpun terjaga. Always a win-win situation!

Mulakanlah perkenalkan Shaklee kepada keluarga dan kawan-kawan hari ini. 

Perlukan panduan (coaching 1 to 1)? Hubungi saya di 019-880 2563 (Nik Farida) atau klik melalui link ini https://linktr.ee/nikfarida 

Terima kasih ~




Tips Jana Pendapatan Tanpa Menjual Produk

Pengguna Shaklee bukan semua mahu menjual produk. Lazimnya, ramai yang cukup happy dapat Shaklee effect masing-masing apabila masalah kesiha...